Biawak itu dengan riak dan takburnya mengaku yang dirinya adalah buaya darat
Pada kali ini aku ingin bercerita satu cerita yang kurang lucu, tetapi mengandungi pengajaran yang sangat banyak. Kisah ni bermula di sebuah Kampung yang tak der nama. Dan sedang watak utamanya juga adalah seorang pemuda yang tidak diketahui namanya. Tetapi disini kita namakah dia dengan nama Sudin(kerana aku suka dengan nama ini).

Sudin ini terkenal dengan karektor lawak bodo dan sengal nak mampus. Setiap hari kerjanya adalah mempermainkan orang kampung dan mempersendakan mereka dengan gurauan-gurauan yang melampau. Serta trik-trik yang keterlaluan.

Tetapi semakin hari semakin lama, encik Sudin ini telah merasa bosan dengan trik-trik lama tersebut. Lalu dia telah merancang satu helah yang pada pendapat beliau sangat lawak dan kelakar gila. Lalu pada suatu hari. Kalau tidak silap aku hari tersebut adalah harijadi ketua kampung tanpa nama tersebut. Dan kebetulan juga rumah beliau(maksud aku, encik Ketua Kampung itu) berada ditepi sungai(selayaknya rumah-rumah orang-orang Melayu terdahulu).

Dan dalam kemeriahan majlis tersebut tiba-tiba, para hadirin dikejutkan oleh satu jeritan yang sangat nyaring dan mencemaskan.

Katanya....

"TOLONGGGG!!!!!, TOLONGGGGG!!!!.......SAYA DISAMBAR BUAYAAAAAAAAAAA!!!!!"

Semua orang berkejar kearah tebing sungai dengan perasaan cemas. Ada yang membawa kayu dan ada yang membawa parang. Dan kebanyakannya hanya datang berlenggang, cuma datang sebab rasa ingin tahu sahaja sebenarnya(macam kes Rozaliya Mat Lazim dululah, kebanyakan pembaca google keywords nama dia tu sebab dirasa ingin tahu je). Berbalik semula kepada kisah incik Subin itu. eh salah eja. maksud saya Encik Sudin.

Apabila orang kampung memenuhi tebing sungai tersebut, dia(maksud aku encik Sudin itu) pun melompat keluar dari balik serumpun buluh seraya berkata.

"JENG-JE-JENG……TARAAAAAAAA....." Sambil terkekek-kekek ketawa dengan sangat pelahap dan gelojoh.

Maka marahlah orang-orang yang bersungguh-sungguh cemas dan datang dengan niat hendak menolong itu tadi. Tetapi dalam masa yang sama mereka juga bersyukur yang sebenarnya tidak ada sesuatu apa yang buruk menimpa encik Sudin.

Tetapi anehnya, orang ramai yang datang berlenggang-lenggang kangkung itu tadi memarahi mereka. Kata mereka.

“Tak baik kalian memarahi encik Sudin. Sepatutnya kalian memahami keadaan beliau terlebih dahulu sebelum memarahinya!!!!”

Dan mereka yang ader kat tepi tebing sungai itu pun berkata. “ Aik?!!”(hairan gamaknyer)

Dan Tok Penghulu kampong Tanpa Nama itu juga berkata…. “Aik???...”

Dan aku yang kebetulan lalu kat situ  juga berkata… “Aik??...”

Berbalik kepada cerita encik Sudin.

Apabila beliau sedar yang trik beliau telah Berjaya memperdayakan orang ramai(yang kebanyakannya adalah saudara-mara beliau sendiri). Beliau merasa sangat puas hati dan berbangga dengan diri sendiri, beliau merasakan yang kebijaksanaan beliau telah semakin berkembang pesat. (Atau disudut hati kecilnya juga terselit satu rasa menyesal dengan tindakan beliau yang mungkin sangat keterlaluan?) Entahlah, hanya encik Sudin sendirilah yang mengetahuinya.

Apa bila melihatkan tidak ada apa-apa musibah yang berlaku. Orang kampong pun menyambung semula kegiatan makan-makan dimajlis harijadi Ketua Kampung mereka. Selang beberapa minit. Betul-betul ketika Tok Ketua Kampung hendak membelah kek harijadi beliau. Orang kampong telah dikejutkan kembali oleh satu suara jeritan yang sangat menakutkan. Oh tidak. Maksud aku sangat mengerikan. Datangnya betul-betul dari arah sungai. Bunyinya bergini, mari aku ajukkan.

"TOLONGGGG!!!!!, TOLONGGGGG!!!!.......SAYA DISAMBAR BUAYAAAAAAAAAAA!!!!!"

Tetapi kali ini dengan nada yang lebih kuat dan nyaring.

Tetapi orang-orang yang mendengarnya tidak lagi mengendahkan jeritan tersebut. Kerana pada perkiraan mereka itu pastilah si encik Sudin yang ensem itu yang punya angkara. Ini pastilah lawak beliau untuk memperbodohkan mereka sekali lagi. Jadi  mereka tidak mengendahkan jeritan tersebut.

Tetapi kejadian tersebut telah dilihat oleh seorang kanak-kanak kecil, agak-agak dalam usia awal 11 tahun. Jeritnya.

“Ada orang kena gigit dengan buaya..!!!”

Adik kecil itu bernama Ali, dan dia seorang budak yang sangat bijak. Dia juga cerdas dalam menghafal Al-Quran. Dan dimasa lapangnya , beliau selalu membantu ibunya kekebun. Dan hobi beliau pula adalah mengumpul setem. Eh, kejap. Aku bukan nak cerita pasal adik yang bernama Ali itu tadi bukan? Hisk, baik aku menyambung semula cerita encik Sudin.

Apabila orang kampong mendengar yang demikian. Mereka sedar kali ini bukan main-main. Ini bukan helah encik Sudin nak mengenakan mereka lagi. Tetapi ini kenyataan yang harus mereka terima. Lalu mereka sekali lagi bergegas ketebing sungai itu. (Dan tidak kurang juga yang hanya berlenggang-lenggang kangkung macam sebelumnya)

Tetapi para pembaca yang dirahmati Allah sekelian. Sayangnya mereka tidak sempat sampai kegigiran sungai untuk membantu encik Sudin.

Tapi para pembaca jangan panik dulu ye. Sebab dalam cerita ini tidak ada sesiapa yang mati. Atau dicabul, atau juga dipecah amanahkan.

Cuma sebelah kaki encik Sudin telah ‘kubung’ kerana digigit oleh seekor buaya tembaga yang sangat besar dan garang. Eh silap. Maksud  aku  ‘kujung’. Eh salah lagi sekali. Yang aku hendak maksudkan ialah ‘kudung’.

Dan semenjak hari itu encik Sudin pun insaf dan bertaubat kepada Allah serta memohon ampun dengan emak beliau yang masih lagi hidup. Serta memohon maaf dengan pak saudara, mak saudara. Err maksud aku, dengan semua orang kampong tanpa nama tersebut.

Lalu sisa-sisa hidup encik Sudin beliau dipenuhkan dengan membaca majalah-majalah hiburan dan melayan facebook sahaja.

Itulah sebuah kisah yang terjadi disebuah kampong yang tidak mempunyai nama.

Pengajarannya kat sini apa yer? Mari kita sama-sama fikirkan. Sebab aku pun tak jumpa lagi pengajaran dari kisah ni sebenarnya.