Ramalan dari tukang tilik itu adalah syirik
Barangsiapa
membatalkan maksud keperluannya kerana ramalan mujur atau sial maka dia
telah bersyirik kepada Allah. Para sahabat bertanya, "Apakah
penebusannya, ya Rasulullah?" Beliau menjawab, "Ucapkanlah: "Ya Allah,
tiada kebaikan kecuali kebaikanMu, dan tiada kesialan kecuali yang
Engkau timpakan dan tidak ada Ilah (Tuhan / yang disembah) kecuali
Engkau." (HR. Ahmad)
Nabi SAW bersabda: “Ramalan mujur-sial
adalah syirik. (Beliau mengulanginya tiga kali) dan tiap orang pasti
terlintas dalam hatinya perasaan demikian, tetapi Allah menghilangkan
perasaan itu dengan bertawakal.” [HR. Bukhari dan Muslim]
Nabi
SAW bersabda: “Barangsiapa mendatangi dukun peramal dan bertanya
kepadanya tentang sesuatu (lalu mempercayainya) maka shalatnya selama
empat puluh malam tidakakan diterima.” [HR. Muslim]
Dari definasi bahasa:
Mujur = Sesuatu yang boleh memberi keuntungan secara spiritual.
Sial = Sesuatu ayng boleh mendatangkan kerugiaan secara spiritual.
COntoh : "Jangan simpan duit bawah bantal, sial. Nanti rezeki payah nak masuk kerumah."
* kalau percaya ini, maka hukumnya syirik. Maksudnya, pantang larang
yang tidak ada kena mengena dengan logik. Dan tidak juga disandarkan
kepada nas-nas Al-Quran atau dalil-dalil Hadits Nabi SAW.
Tetapi berbeza jika ramalan itu berbentuk bergini, contohnya berkaitan
dengan cuaca : "Petang ni rasanya hujan" Ramalan-ramalan yang sedemikian
tidak termasuk ramalan-ramalan yang membawa kepada syirik. Kerana ada
kemungkinan akan hujan bila awan mendung dilangit (logik).
Kesimpulannya, Hadits ini merujuk kepada ramalan-ramalan atau
amalan-amalan pantang larang yang tidak disandarkan kepada nas Al-Quran
dan Hadits Nabi SAW. Dan juga bertentangan dengan fitrah dan logik akal
manusia siuman.
Kerana Islam ini agama yang fitrah, ianya
tidak bertentangan dgn fitra. Semua kejadian Allah turunkan hasbabnya.
Siang menjadi terang kerana ada matahari contohnya. Tidak cerah siang
dengan tiada bersebab.
wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment