Assalamualaikum Sayang.
Engkaulah yang dahulu aku teragak-agak untuk memanggilmu sayang. Tetapi
kini, engkaulah yang aku tidak boleh berhenti dari memanggilmu dengan panggilan
itu.
Engkaulah dulu yang telah
menghidupkan hatiku yang telah mati sepenuhnya untuk mencintai seseorang. Dan
sungguh hari ini, aku telah mencintaimu
sepenuh hatiku.
Engkaulah yang dulu yang menyakinkanku yang aku mampu membahagiakanmu. Sedang
aku sendiri sudah lama hilang keyakinan tersebut. Malah aku sudah tidak yakin
bisa mampu membahagiakan diriku sendiri, inikan pula org lain.
Engkaulah yang dulu yang berkata sentiasa mahu aku. Dan hanya mahu aku. Dan
demikianlah juga sebaliknya bagiku. Aku hanya mahu kamu.
Kaulah yang dulu berkata, kaulah lilinku. Dan akan tetap menjadi lilin
untukku. Dan sungguh, kau selalu menjadi lilin buatku. Selalu sahaja bersabar
dengan setiap karenahku.
Engkaulah yang dulu, yang sangat teruja dan bahagia malah gembiramu
sehingga kepetang, saat kali pertama aku memanggilmu ‘SAYANG’.
Engkaulah yang dulu, yang sentiasa menghantar setiap gambar-gambar
aktivitimu. Sehingga aku sentiasa terasa seolah engkau ada benar disisiku.
Engkaulah yang dulu yang sentiasa memanggil namaku dengan panggilan yang
paling elok yang pernah kudengar seumur hidupku.
Engkaulah yang dulu sentiasa mengingatkan perihal kesihatan dan
ubat-ubatku. Sehingga aku ingin hidup lebih lama untukmu.
Engkaulah yang dulu yang sentiasa menangis saat aku menyakitkan hatimu.
Tetapi engkau jugalah yang sentiasa memaafkan aku. Sehingga aku merasakan
seolah-olah aku ini beban kepadamu.
Engkau jugalah yang mengajarku semula mengenai rasa sayang dan menyayangi.
Sehingga aku tidak mampu untuk berada jauh darimu.
Engkaulah yang membuat seolah-olah dunia ini dan seisi-isinya adalah
kepunyaan aku.
Sehingga kini, engkaulah segala-galanya bagi aku. Dan aku sangat jauh hati jika
engkau memilih untuk menjarakkan diri. Kerana aku sudah
tidak biasa hidup jauh darimu. Kini aku seperti kanak-kanak yang mahukan
perhatian. Tidak tahu caranya bagaimana, lalu kadang-kala protes melulu.
Mungkin satu hari kesabaranmu terhadapku
akan sampai ke penghujungnya.
Andai jika semalam adalah kali terakhir aku mendengarmu memanggilku dengan
panggilan ‘sayang’?
Andai jika hari ini adalah kali terakhir aku berpeluang memanggilmu dengan panggilan itu?
Sayanggg….
Andai tiba satu waktu engkau telah tiada hati lagi kepadaku, halalkanlah,
semua kasih sayang yang pernah engkau beri kepadaku.
Dan sesungguhnya demi Allah, hari itu akhirnya tiba juga.