Aku telah menjerit dengan kuat disatu daerah yang penuh sesak dengan manusia.
"Bagaimanakah untuk mendapatkan angka Duabelas?!"
Lalu jawab seorang pencuci kereta yang tidak jauh dari aku...
"Sepuluh campur dua!!!" Tempiknya.
Lalu marahlah penjual burger disebelah kiri aku.
"salah!!! Yang betul ialah,Tiga Belas tolak satu!!" Katanya dengan garang.
lalu datang seorang tua, dan dia berkata dengan relek jer..
"Habis kalau pakcik katakan caranya ialah 6X2 macam mana? Salah juga?"
lalu tetiba upin ngan ipin lalu tepi aku dan cakap.
"betul3.."
Manusia yang tidak punya kasih sayang adalah manusia yang tidak punya apa-apa
Pages - Menu
▼
Thursday, September 30, 2010
Wednesday, September 22, 2010
Kenapa aku tidak mencintai Allah selayaknya
Hari ini aKu membaca kisah tentang seorang wanita Palestin yang bernama As-Syahidah Reem Soleh Ar-Riyashi. Mungkin
tidak ramai yang mengenali beliau ini. Namun namanya sangat
disebut-sebut sebagai salah seorang pejuang yang memperjuangkan hak-hak
rakyat Palestin.
Wanita berusia 22 tahun, isteri kepada seorang suami yang bernama Ziyad
‘Awwad, 27. Ibu kepada dua orang anak. Namun bukan kisah wanita ini
yang aku hendak ceritakan. Kerana para pembaca sekelian dapat mencari
coretan-coretan mengenai beliau dengan banyak di internet ini.
Aku
berasa hiba dan terkilan atau sedih(perasaan yang sangat sulit untuk
ditafsirkan kedalam bentuk kata-kata) bila membaca coretan-coretan
perjuangnya. Kebesaran cintanya kepada Allah melebihi kecintaannya
kepada dunia dan keluarganya sendiri. Kerisauan beliau kepada nasib dan
penghinaan keatas agama Allah di bumi Palestin, melebihi kerisauan diri
sendiri dan keperluan-keperluannya.
“Demi
Allah, kalian boleh sahaja meremukkan tulang belulangku,
memotong-motong tubuhku serta mampu mencincang-cincangnya. Tetapi kalian
tidak akan pernah boleh mengubah agamaku dan mengubah panji
perjuanganku. Ingatlah selalu ucapanku. Aku selalu mengatakan kepada
diriku, “ wahai diri ! jadilah kamu sebagai penentang Zionis yang
memilki rasa dengki abadi sebagai musuh agamamu. Jadikanlah setiap titis
darahmu sebagai penghantar dirimu menuju syurga yang kekal abadi”.( As-Syahidah Reem Soleh Ar-Riyashi.)
Aku
bukan berasa sedih dengan kematiannya. Tetapi aku menilai diri sendiri.
Aku membayangkan aku ditempatnya. Bertapa ia mencintai Allah. Dan
bertapa ia menginginkan syahid membela Agama Allah. Membela penderitaan
kaum keluarganya, rakyat Palestin umumnya terhadap penindasan rejim
zionis. Sedang aku membayang-bayangkan keadaan tersebut, yang lahir dari
sudut hatiku adalah ketakutan dan kengerian yang amat sangat.
Bertapalah munafiknya aku, bertapalah tebalnya cinta kepada dunia ini.
Bertapalah aku ini salah dalam tafsiran ‘cintailah kedamaian’. Dan
bertapa tinggi juga toleransi aku terhadap kekejaman dan kezaliman
terhadap Agama ini diletakkan di tempat dan maqam yang salah.
Antara Kata-Katanya:
“Saya
tetap akan akan melakukan aksi ini walaupun saya memiliki 2 orang anak
yang masih kecil. Kedua anak saya merupakan kurniaan Allah. Saya sangat
mencintai keduanya dengan kecintaan yang sangat besar. Kecintaan saya
kepada keduanya tidak ada yang mengetahui kecuali Allah semata-mata.
Namun, kecintaan saya untuk bertemu Allah lebih kuat. Kini saya harus
memesan anak saya tersebut kepada Pemiliknya. Saya yakin Allah tidak
akan menyia-nyiakan amanah itu. Saya tahu, penjagaan yang selama ini
saya lakukan akan digantikan dengan penjagaan Ilahi”.
Untuk kaum Muslimin, Reem berpesan, “ saudara-sauadaraku
yang kerana Allah kita bersaudara, jika Allah memberi kemuliaan dengan
terlaksananya cita-citaku ini, maka aku berharap kepada anda semua untuk
menyerahkan anak-anakku kepada keluarga yang selalu berzikir dan taat
kepada Allah. Sehingga mereka boleh menanamkan nilai-nilai agama dan
keimanan dalam diri anak-anak saya. Daftarkan kedua-duanya ditempat
menghafaz Al-Qur’an dan sekolah Islam. Didik dan besarkanlah keduanya
dengan pendidikan dan bimbingan yang Islami. Ketahuilah bahawa, kedua
anak itu adalah amanah yang ada pada bahu kalian. Kalian kelak akan
ditanya tentang keduanya pada saat Hari Qiamat”.
Sebenarnya
kematian itu tidak boleh ditakuti secara mutlak. Malah yang sepatutnya
menjadi kerisauan adalah cara kematian itu, dan kesudahannya. Adakah
kita akan mati dalam kesudahan yang baik atau kesudahan yang buruk. Dan
apakah keadaan kubur itu. Adakah ianya salah satu dari jurang-jurang
Neraka atau salah satu dari taman-taman Syurga.
Jika
mencari dan mempersediakan tempat tinggal serta dinar yang berlebihan
itu adalah keperluan dan bukanlah matlamat. Maka sebenarnya aku ini
telah berlebih-lebihan dalam usaha kearah keperluan hidup. Malah tidak
hanya melebihkan usahanya, justeru melebihkan juga kepada fikir risau
pada hal yang sementara itu. Sedang sangat kurang kepada usaha-usaha dan
fikir risau kepada kehidupan yang kekal disisi Allah, yaitu matlamat
hidup ini.
Dan
kematian itu adalah permulaan perjalanan menuju kampung yang kekal yakni
akhirat. Adakah aku akan pergi dalam keadaan ini. Dalam keadaan jasmani
dan rohani yang sangat cenderung dan condong kepada dunia ini? Sehingga
kematian syahid itu membenihkan ketakutan dan kengerian didalam hati,
tidak berupa kegembiraan yang melonjak-lonjak? “Wahai diri yang lupa
dan leka, aku sedih dengan keadaan ini. Dan aku menda’wahimu(diri
sendiri) agar lebih mencintai Allah dan RasulNya, serta tambahilah
keghairahanmu untuk kembali kekampung halaman yang kekal abadi itu.”
Tuesday, September 21, 2010
Gambar Raya Aidilftri 2010 Keluarga aku
Tidak
seperti tahun-tahun yang lepas, apabila tiba hari raya. Aku akan
sentiasa mempastikan paling tidak orang-orang terdekat dan ahli
keluargaku akan menerima paling tidak sebari ucapan hari raya lewat sms
atau email. Atau apa saja. Dan tidak lupa juga melahirkannya kedalam
bentuk tulisan-tulisan diblog.
Tapi
berbeza kali ini. Aku tidak punya kesempatan untuk itu. Sibuk giler,
penat giler, kelam-kabut giler. Aku pun tak tau penat kan benda. Tapi
rupanya bila buat sesuatu di saat-saat terakhir nih, semua benda-benda
yang remeh-temeh, yang kecil-kecil tur akan jadi sangat rumit dan sangat
memenatkan. Hadoii nyaris-nyaris aku dan semua tanggungan aku tak
sempat berzakat fitrah tahun ni. Dan untuk mengelakkan semua tur
terjadi. Aku tak tidur terus malam raya pertama tu sampai kepagi.
Siap
bakar lemang dah pukul 12 lebih (tengah malam) gamaknya. Lepas tur. Itu
ini, tolong angkat kerusi bagai. Tukar tikar getahlah. Dan bla,bla,bla
lebih kurang(banyaknya aku jadi pengkritik jer sebenarnya). Sudahnya dah
pukul 4 pagi. Hisk nak tidur pun dah tak berani dah takut terlajak
sampai kepukul 11. Baru haru kerjanya.
:( Tak bess nengokkan gambar tak cantik.
Ni gambar Abah dan mak, serta adik² aku. Tapi masa ni aku dan Dee belum balik. Tur kat depan tur, yg paling tecik tur anak sedara aku 'Alisya'
Anak² aku bergambar dengan Mak Teh diorang dan Baby Sara.
Ehem, ni la pasangan bahagia yang produse 'ramai-ramai' tur tadi.
Hahahaha... (semoga rumah tangga aku kekal bahagia dunia dan akhirat.
Amin)
Ini keluarga 'kecil' aku Amacam? Ramai tak? Dah ada anak dara dan anak teruna dah aku ni bah.
Putera, Puteri dan Balqis( dan Balqis ni satu-satunya anak aku yang petah bercakap dengan betul 'tidak pelat' sejak dari kecil)
Ni dua orang anak gadis aku dan yang kecik tu namanya Puteri, dan
tersangatlah kuatnyer mengamuk. Ouww tak lupa, dia ni sangat obses pada
kasut, raya kali ini saja 5 pasang kasut untuk dia. Hadehh..
Puteri hati saya
Ini anak saya yang no 2 bongsu dan yang sulung
Puteri² didalam keluarga say. Anak-anak aku dengan mak-mak saudara diorang.
Ini jerlah 2 orang anak lelaki aku.Yang besar tu sekarang belajar kat
Sekolah Tahfiz An-Nur di Pekan(semoga dapat menjadi saham dan hujjahku
dihadapan Tuhanku, insyaAllah) dan yg kecik ni pulak namanya Putera. Dan
dia ni lah yang paling manja dengan Mak dia. Memanjang berebut mak ngan
aku. hahahahaahah(maklumlah Papa balik sebulan sekali yerk.huhuhh)
Ini pula anak-anak gadis aku. 5 orang semuanya. Dan yang tua sekali tur
tahun kedua di Koleg Islam Pahang, yang kedua tu SPM tahun ni. Duduk
dari kiri 9 tahun, 4 tahun dan 5 tahun.
Adik saya Teh dan Suami sekeluarga
Adik saya Ngoh dan Isteri sekeluarga
Adik saya Dee suami ister sekeluarga













